Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
1. Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan MS ISO 9001 masih diteruskan di peringkat JPN Selangor dan PPD Seluruh Selangor pada tahun 2017. MS ISO 9001 merupakan suatu inisiatif bagi meningkatkan mutu perkhidmatan untuk memenuhi kepuasan pelanggan/stakeholders.
2. Semua warga PPD Sabak Bernam merupakan tenaga penggerak bagi mencapai matlamat di atas, bergerak/bertindak secara berpasukan secara bersistem dengan berpandukan Dokumen Kualiti yang ditetapkan, dipimpin oleh seorang Wakil Pengurusan.
3. Setelah lebih 10 tahun mengamalkan SPK, kematangan warga dalam mengadaptasi SPK dalan tugasan seharian telah terserlah. Penambahbaikan dalam SPK tetap berterusan selari dengan keperluan semasa (aspirasi KPM/JPN, persekitaran dan global).
4. Tahniah dan syabas kepada warga PPDSB. Teruskan usaha baik ini dan semoga Allah merahmati kita semua.
Terima kasih.