SELAMAT DATANG

Blog ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada semua warga PPD Sabak Bernam khususnya dalam mendapatkan maklumat terkini di PPD Sabak Bernam. Sebarang maklum balas ke arah penambahbaikan amat dialu-alukan.
Terima kasih.
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam,
Lot 25 & 27, Jalan Besar, 45200 Sabak Bernam
Tel : 03-3216 2079
Fak : 03-3216 2093

Umum

1. Dokumen Kualiti MS ISO BPSH, KPM
Dimaklumkan bahawa PPDSB telah menerima surat pemakluman berkaitan pindaan dokumen kualiti dan penambahan prosedur kerja mulai 1 Januari 2014.

Dokumen Baharu (Mulai 1.1.2014)
a) PK 17 Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP)
b) PK 18 Pengurusan Program/Aktiviti

Dokumen Dengan Pindaan (Mulai 1.1.2014)
a) Manual Kualiti
b) PK 15 Pengurusan Mesyuarat
c) PK 03 Pengurusan Pemantauan
d) PK 04 Pengurusan Aduan
e) Pindaan perkataan 'Pelajaran' kepada 'Pendidikan"

Rekod Pindaan Dokumen Kualiti BPSH
Surat Pemakluman dari KPM
Memo Dalaman Makluman Pindaan Dokumen Kualiti BPSH
Memo Dalaman Pelaksanaan MS ISO 9001
Memo Dalaman Penggunaan Dokumen On-Line
Makluman Penggunaan Dokumen Kualiti BPSH, JPN, PPD
Makluman Penggunaan Dokumen Kualiti JPN-PPDSel

Harap maklum. Terima kasih.

----------------------------------------------------------------------------------------------
2. Senarai PTJ dan Program Aktiviti Tahun 2014
Pn. Rahayu Shahbudin
(Penolong Akauntan)

Berikut ialah Senarai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Program/ Aktiviti Tahun 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia untuk rujukan tuan/ puan. Terdapat banyak perubahan terhadap kod-kod program/aktiviti seperti Prasekolah, Rendah, Menengah, Pentadbiran Negeri dan sebagainya. Tuan/ Puan adalah dipohon untuk merujuk kepada senarai ini bagi memastikan program yang dilaksanakan dicaj kepada aktiviti yang betul.

Sebarang pertanyaan berkenaan penggunaan kod-kod tersebut sila hubungi Unit Kewangan dan Akaun.

Terima kasih.

Klik DI SINI untuk mendapatkan senarai tersebut.
(Dihantar oleh Unit Kewangan dan Akaun untuk siaran pada 8.1.2014) 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3. Tindakan Penyediaan Fail Meja 2014
Tindakan oleh warga PPDSB selepas Bengkel Penyelarasan:
a) Kemaskini FM berdasarkan maklumat dari bengkel.
b) Cetak dan serahkan FM kepada Penyedia untuk semakan dan pengesahan.
c) Penyedia menyemak dan menurunkan tandatangan di ruangan yang disediakan.
d) Dapatkan tandatangan Pelulus (Tuan PPD / TPPD).
e) Tandatangan akuan penerimaan.
f) Softcopy FM hendaklah dikumpul di peringkat unit dalam bentuk CD.
g) Satu salinan CD himpunan FM unit diserahkan ke Unit Kualiti untuk simpanan/rujukan.
h) FM selaras yang telah dikemaskini digunakan mulai 1.1.2014.

Dapatkan Garis Panduan Fail Meja DI SINI
Dapatkan Format Fail Meja Terkini DI SINI
Dapatkan Contoh Fail Meja DI SINI
Dapatkan Pekeliling Berkaitan FM DI SINI

*Pihak Pengurusan PPD mengucapkan terima kasih kepada semua Pegawai dan AKP yang hadir dalam Bengkel Penyelarasan FM yang telah dijalankan pada 19 dan 23 Disember lalu.
Kepada yang tidak hadir, sila dapatkan maklumat daripada rakan-rakan yang hadir.

*Mohon tuan/puan menukarkan Carta Organisasi PPDSB sedia ada kepada Carta Organisasi yang terkini. Sila dapatkan Carta Organisasi PPD terkini DI SINI.
*Tarikh kemaskini FM bagi semua pegawai dan kakitangan ialah pada 13 Disember 2013.

Terima kasih.
---------------------------------------------------------------------------------------------
4. Pengumpulan Perancangan Strategik 2014-2016
Mohon kepada semua Ketua Unit agar memastikan pegawai meja menghantar Perancangan Strategik bercetak dan telah disahkan dari unit masing-masing ke Unit Kualiti pada atau sebelum 19.2.2014.

----------------------------------------------------------------------------------------------
5. Penjelasan Berkaitan Penggunaan Borang Prosedur Pemantauan (PK03)
Berikut adalah penjelasan berkaitan penggunaan Borang PK03-1 dan PK03-2 semasa pemantauan dijalankan di lokasi.
Selepas selesai pemantauan, pastikan pemantau menyerahkan secara rasmi instrumen pemantauan yang telah diisi beserta Borang PK03-1 (Borang Rumusan Dapatan Pemantauan) kepada lokasi.
Jika dapatan pemantauan telah memenuhi prestasi kerja yang ditetapkan, tandakan (tik) pada kotak nombor 1.
Ini bermakna Borang PK03-2 (Borang Maklum Balas Dapatan Pemantauan) tidak perlu diisi oleh lokasi dan pemantauan di lokasi berkenaan telah selesai.

Diharap penjelasan ini dapat dimanfaatkan oleh pegawai yang terlibat dengan prosedur pemantauan sama ada Dokumen Kualiti BPSH ataupun JPN-PPDSel.

----------------------------------------------------------------------------------------------

6. Arahan Pentadbiran Bil. 1 Tahun 2014 JPN Selangor
"Assalammualaikum.
 Tuan/ Puan
Arahan Pentadbiran Bil 1 Tahun 2014 Peruntukan Belanja Mengurus dan Pembangunan (B41/P41/S41/B99) Jabatan Pendidikan Selangor adalah satu garis panduan yang perlu dipatuhi oleh dalam mengendalikan peruntukan tahun semasa selaras dengan Arahan Pegawai Pengawal (APP) KPM Tahun 2014 seperti di Lampiran.
Tuan/ Puan dikehendaki sentiasa merujuk dan mematuhi peraturan kewangan yang berkuatkuasa bagi mengelakkan timbulnya sebarang masalah atau kekeliruan dalam pengurusan kewangan. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Arahan Pentadbiran ini sila hubungi Unit Kewangan dan Akaun PPD Sabak Bernam
Sekian, terima kasih.
Unit Kewangan dan Akaun."

Klik DI SINI untuk mendapatkan Lampiran Arahan Pentadbiran berkenaan.

(Dihantar oleh Unit Kewangan dan Akaun untuk siaran pada 7.3.2014) 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

https://docs.google.com/spreadsheet/ccc?key=0AriI5hvPtOh_dGFtNFljZ1NsLWNLZHZaei1XX0VpRkE&usp=sharing

Tiada ulasan: