SELAMAT DATANG

Blog ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada semua warga PPD Sabak Bernam khususnya dalam mendapatkan maklumat terkini di PPD Sabak Bernam. Sebarang maklum balas ke arah penambahbaikan amat dialu-alukan.
Terima kasih.
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam,
Lot 25 & 27, Jalan Besar, 45200 Sabak Bernam
Tel : 03-3216 2079
Fak : 03-3216 2093

Jumaat, 8 Jun 2018

Majlis Hari Guru

Assalamualaikum wbt.

Dimaklumkan MAJLIS HARI GURU telah berlangsung pada 26 APRIL 2018 yang dihadiri oleh guru-guru SMKA Pasir Panjang, guru-guru yang terlibat daerah Sabak Bernam, penduduk sekitar Pasir Panjang dan pegawai-pegawai PPDSB yang terlibat.

Majlis ini juga dihadiri oleh YB Budiman Mohd Zohdi(Calon Parlimen Sungai Panjang) dan Dato' Mohd Imran Tamrin (Dun Sungai Panjang). Majlis ini berlangsung seperti berikut:


Tarikh:    26 APRIL 2018
Masa:      9.00 pagi.
Tempat:   Dewan SMKA Pasir Panjang, Selangor.
Pengisian: 1) Pelbagai persembahan sekitar majlis berlangsung.
                  2) Penyampaian cenderamata
                  3) Memperkenalkan buku coretan YB Budiman Mohd Zohdi

Gambar-Gambar sekitar Majlis APC berlangsung. DISINI

Program Terima Kasih Cikgu dan Apresiasi warga PPDSB

Assalamualaikum wbt.

Dimaklumkan Program Terima Kasih Cikgu dan Apresiasi warga PPDSB telah berlangsung pada 24 APRIL 2018 yang dihadiri oleh guru-guru daerah Sabak Bernam dan semua pegawai PPDSB yang terlibat.

Penerima sijil pada hari tersebut telah disampaikan oleh Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (ketua Parlimen Sabak Bernam). Majlis ini berlangsung seperti berikut:

Tarikh:    24 APRIL 2018
Masa:      8.30 pagi.
Tempat:   Dewan SMK Sungai Besar, Selangor.

Gambar-Gambar sekitar Majlis APC berlangsung. DISINI

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC)

Assalamualaikum wbt.

Dimaklumkan MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG(APC) telah berlangsung pada 17 APRIL 2018 yang dihadiri oleh guru-guru yang menerima anuegarah APC untuk tahun 2017 dan semua pegawai PPDSB yang terlibat.

Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) ini telah disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Seangor yang berlangsung seperti berikut:

Tarikh:    17 APRIL 2018
Masa:      2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat:   Dewan SMK Sungai Besar, Selangor.

Gambar-Gambar sekitar Majlis APC berlangsung. DISINI

Audit Dalam MS ISO 9001:2015 untuk Tahun 2018

Assalamualaikum wbt.

Dimaklumkan AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 PPDSB telah berlangsung pada 09 hingga 12 APRIL 2018 yang meliputi semua proses kerja yang didaftarkan.

Pengurusan Audit Dalam dijalankan dengan mematuhi standard yang ditetapkan dalam MS ISO 9001:2015 dan audit dilaksanakan seperti berikut:

Tarikh:    09 hingga 12 APRIL 2018
Masa:      9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat:   Dewan Utama  dan Bilik Mesyuarat PPD Sabak Bernam.

Gambar-Gambar sekitar Audit Dalam berlangsung. DISINI