Selamat Datang

Blog ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada semua warga PPD Sabak Bernam khususnya dalam mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan Sistem Pengurusan Berkualiti yang diamalkan. Sebarang maklum balas ke arah penambahbaikan amat dialu-alukan.
Terima kasih.
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam,
Lot 25 & 27, Jalan Besar, 45200 Sabak Bernam
Tel : 03-3216 2079
Fak : 03-3216 2093

Selasa, 19 Julai 2016

Keputusan MKSP 2016

Assalamualaikum wbt.

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) PPDSB yang telah dijalankan pada 14 dan 15 Julai lalu (WP Hotel, Kuala Lumpur) telah merumuskan perkara-perkara berikut yang perlu diambil perhatian dan tindakan sewajarnya oleh warga PPD Sabak Bernam.

  1. Terus komited melaksanakan SPK.
  2. Hayati Dasar Kualiti – memenuhi keperluan pelanggan.
  3. Laksanakan peranan masing-masing secara bersistem.
  4. Memperkasakan MPK dan FM di semua peringkat (JPN, PPD, Sekolah – mulai 1.1.2017)
  5. Kenalpasti dan urus risiko.
  6. Sentiasa kemukakan cadangan untuk penambahbaikan.
  7. Menyemak semula Piagam Pelanggan (JPN dan PPD)
  8. Usahakan pensijilan EKSA.
  9. Merancang program peningkatan akademik.
  10. Persediaan menghadapi Audit SIRIM.
  11. Mengambil tindakan pencegahan di semua lokasi.
  12. Ambil tindakan susulan terhadap cadangan dan maklum balas pelanggan.
  13. Pencapaian objektif kualiti hendaklah seiring dengan kualiti “outcome”.
  14. Latihan / kursus 7 hari setahun dijadikan KPI individu.
  15. Sistem Gerak Staf akan ditambahbaik.
  16. KPI pengarah 2016 akan dipinda.
  17. Penulisan Buku Rekod Aktiviti Harian (ungu) dibuat pada setiap hari, dan bukan lagi berbentuk perancangan.
  18. Cap minit surat masuk/keluar hendaklah menggunakan format lama.
  19. Mengadakan taklimat kpd GPK HEM terpilih.
  20. Mengadakan program bagi meningkatkan motivasi PGB terpilih.
  21. Mesin “vending” – Badan Kebajikan PPDSB tentukan terma dan syarat.
  22. Merancang tindak susul sumbangan PPDSB ke SBJK.
  23. Inisiatif yang dibangunkan oleh En. Hasrin dijadikan KIK PPDSB.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan: