Selamat Datang

Blog ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada semua warga PPD Sabak Bernam khususnya dalam mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan Sistem Pengurusan Berkualiti yang diamalkan. Sebarang maklum balas ke arah penambahbaikan amat dialu-alukan.
Terima kasih.
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam,
Lot 25 & 27, Jalan Besar, 45200 Sabak Bernam
Tel : 03-3216 2079
Fak : 03-3216 2093

Jumaat, 1 April 2016

Kursus SPK Tahun 2016

Unit Latihan PPDSB dengan kerjasama Unit Pengurusan Kualiti PPDSB telah mengadakan Kursus Pemantapan SPK kepada semua pegawai dan kakitangan dalam dua fasa sebagai pengukuhan kepada SPK yang diamalkan selain menyampaikan maklumat terkini berkaitan Transisi MS ISO 9001:2015.

Fasa 1
Tarikh : 30.3.2016
Sasaran : AKP PPDSB

Fasa 2
Tarikh : 31.3.2016
Sasaran : Pegawai PPDSB

Diharapkan kursus ini dapat memberi manfaat kepada warga PPDSB dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak.

Tiada ulasan: