PPDSB KE ARAH SPK MS ISO 9001:2015

Mantap Kualiti, Teguh Jatidiri

Khamis, 21 Januari 2016

Tindakan Pencegahan Tahun 2016

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

1. Audit Penilaian Semula SIRIM terhadap SPK bagi Dokumen Kualiti BPSH (AR4166) telah mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan (OFI) yang perlu diambil tindakan. Berikut adalah tindakan yang akan diambil bagi tahun 2016 sebagai menyahut peluang penambahbaikan yang dikemukakan.

2.  Mengadakan kursus/latihan/pendedahan kepada pegawai-pegawai baharu di PPDSB tentang pengamalan SPK dan pematuhan kepada prosedur yang telah ditetapkan. Unit Pengurusan Kualiti telah mengenalpasti seramai 8 orang pegawai baharu yang perlu mengikuti kursus/latihan ini yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

3. Mengadakan bengkel pemugaran kepada semua pegawai meja bagi meningkat dan memantapkan pelaksanaan SPK dalam bidang tugas masing-masing. Unit Pengurusan Kualiti telah menentukan tarikh kursus, iaitu pada bulan Mac ini. Bengkel juga bertujuan mendedahkan kepada pegawai meja tentang maklumat-maklumat terbaharu SPK.

4. Menyusun dan menyediakan jadual perancangan pemantauan (PK 03:Pengurusan Pemantauan) yang komprehensif bagi tahun 2016. Tindakan ini perlu diambil oleh semua pegawai meja yang terlibat dalam prosedur pemantauan.

5. Semua pegawai pemantau diminta menjelaskan kepada wakil sekolah tentang cara menjawab maklum balas pemantauan (Borang PK 03-2) yang betul dan menepati spesifikasi yang dikehendaki. Pihak sekolah diminta mengenalpasti punca ketidakakuran, tindakan pembetulan yang diambil dan tindakan pencegahan yang bersesuaian bagi setiap ketidakakuran yang dikenalpasti. Gunakan masa selama 14 hari tersebut dengan baik bagi memberi maklum balas yang bermakna.

6. Diharapkan SPK pada tahun ini bertambah mantap dan menyumbang ke arah kecemerlangan pendidikan daerah Sabak Bernam.

Sekian.

Tiada ulasan: