PPDSB KE ARAH SPK MS ISO 9001:2015

Mantap Kualiti, Teguh Jatidiri

Isnin, 11 Januari 2016

Kelangsungan SPK MS ISO 9001 Bagi Tahun 2016

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

1. Pihak Pengurusan Tertinggi PPD Sabak Bernam telah memutuskan bahawa pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan MS ISO 9001:2008 di PPD Sabak Bernam DITERUSKAN dengan penambahbaikan bagi tahun 2016.

2. Sehubungan itu, semua prosedur kerja yang telah ditetapkan dalam Dokumen Kualiti Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH, KPM) dan JPN-PPD Selangor hendaklah digunapakai dan dijadikan sebagai panduan kerja.

3. Semua warga PPDSB diminta merujuk laman web JPN Selangor di alamat http://jpnselangor.moe.gov.my/kualitiv3/ untuk mendapatkan dokumen-dokumen tersebut.

4. Tingkatkan iltizam bagi memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada pelanggan di samping menghayati tagline 'Cepat, Tepat, Integriti dan Berkesan'.

Terima kasih.

Tiada ulasan: