Selamat Datang

Blog ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada semua warga PPD Sabak Bernam khususnya dalam mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan Sistem Pengurusan Berkualiti yang diamalkan. Sebarang maklum balas ke arah penambahbaikan amat dialu-alukan.
Terima kasih.
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam,
Lot 25 & 27, Jalan Besar, 45200 Sabak Bernam
Tel : 03-3216 2079
Fak : 03-3216 2093

Rabu, 27 Januari 2016

Info SPK Januari 2016

1. Seksyen 4.2.3 : Kawalan Dokumen
Pastikan penggunaan dokumen, borang dan instrumen yang terkini beredar dalam sistem. Penggunaan borang / dokumen usang memperlihatkan unsur kecuaian dalam SPK.
Tindakan :
Unit-unit: Mendaftar semua borang, dokumen dan intrumen terkini secara berterusan. Wujudkan folder di unit masing-masing. Bengkel telah dibuat pada 24 dan 25.10.2013.
UPQ: Menerima laporan penggunaan borang usang dan mengeluarkan borang PK-11 atau borang JPS/SJK-UKD/11.
Mengadakan sesi penerangan dalam bengkel dan taklimat terutamanya kepada pegawai baharu.
Warga: Melaporkan penggunaan borang usang kepada UPQ.

2. Seksyen 4.2.4 : Kawalan Rekod
Memastikan rekod-rekod kerajaan diurus dengan cekap/teratur dan dapat diakses dengan cepat jika diperlukan.
Tindakan :
Unit-unit: Merekod surat keluar / masuk dengan segera.
Menyimpan dan menyimpan semula bahan / dokumen sokongan secara teratur.
Warga: Mewujudkan Fail Kerja masing-masing.

3. Analisis Objektif Kualiti
Pencapaian Objektif Kualiti semua PK BPSH dan JPN-PPDSel dianalisis dan dilaporkan pada setiap bulan.
Ia bertujuan menilai tahap pencapaian sesuatu proses kerja bagi mengesan kekangan / kelemahan pada peringkat awal dan seterusnya mengambil tindakan pembetulan / pencegahan.
Tindakan :
Pegawai Meja: Menyediakan folder analisis objektif kualiti masing-masing. Mengemaskini analisis pada setiap bulan.
Ketua Unit: Memantau pencapaian objektif kualiti proses kerja unit. Melaporkan dalam mesyuarat dan mengambil tindakan pembetulan/pencegahan, jika perlu.
UPQ: Mengumpul pencapaian analisis objektif kualiti bagi semua PK dan menghantar ke JPNS/BPSH.
Ambil tindakan pembetulan/pencegahan jika perlu.

Tiada ulasan: