PPDSB KE ARAH SPK MS ISO 9001:2015

Mantap Kualiti, Teguh Jatidiri

Isnin, 17 Ogos 2015

Taklimat Dokumen Kualiti BPSH, KPM

Assalamualaikum wbt.
1. Sebagai langkah pencegahan bagi menutup peluang dan ruang daripada berlakunya ketakakuran dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) bagi pensijilan AR 4166, inisiatif pendedahan kandungan Dokumen Kualiti BPSH oleh pegawai dari BPSH sendiri akan dijalankan. Ia juga bertujuan memantapkan pelaksanaan SPK di PPDSB agar selari dengan kehendak dan aspirasi yang diharapkan oleh BPSH.

2. Sehubungan itu, taklimat tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh      : 28 OGOS 2015
Masa        : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat    : Dewan Mesyuarat, Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam
Penceramah : Pn. Mazzleza bt Ab. Wahab, Ketua Unit Inovasi, BPSH, KPM
                         En. Razaman bin Abas, Pen. Pengarah SJK, JPN Selangor

3. Semua pegawai meja SPK PPD Sabak Bernam diwajibkan menghadiri taklimat ini.

4. Jika tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan @ persoalan berkaitan pelaksanaan SPK BPSH, bolehlah mengemukakan persoalan tuan/puan di SINI. Ini bagi memastikan taklimat berjalan dengan lancar dan memenuhi keperluan yang diharapkan.

Terima kasih.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Catatan : Rekod latihan peserta taklimat telah dikunci masuk ke dalam sistem SPLKPM.
Semak di SINI.

Tiada ulasan: