Selamat Datang

Blog ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada semua warga PPD Sabak Bernam khususnya dalam mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan Sistem Pengurusan Berkualiti yang diamalkan. Sebarang maklum balas ke arah penambahbaikan amat dialu-alukan.
Terima kasih.
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam,
Lot 25 & 27, Jalan Besar, 45200 Sabak Bernam
Tel : 03-3216 2079
Fak : 03-3216 2093

Sabtu, 20 Jun 2015

Penting: Penulisan Borang PK03-1 (Rumusan Pemantauan)

Artikel ini diterbitkan sebagai langkah pencegahan kepada semua pegawai pemantau PPDSB agar tidak mengulangi ketidakakuran yang telah ditemukan dalam Audit Dalam MS ISO yang lalu.

1. Jika pegawai pemantau berpuashati terhadap pemantauan yang telah dibuat menepati prestasi yang diharapkan, tandakan pada kotak pada bahagian 1. Jika pegawai pemantau memberi ulasan cadangan penambahbaikan pada ruangan yang disediakan, maka pegawai pemantau hendaklah membuat pengesahan/verifikasi terhadap cadangan tersebut. Lihat contoh di bawah.


2. Diminta semua pegawai pemantau mengambil perhatian perkara ini bagi memastikan Pengurusan Pemantauan dapat dilaksanakan dengan cekap dan menepati standard yang ditetapkan oleh BPSH, KPM.

Tiada ulasan: