PPDSB KE ARAH SPK MS ISO 9001:2015

Mantap Kualiti, Teguh Jatidiri

Jumaat, 29 Mei 2015

Panduan Pengisian Borang PK11-1

Menurut prosedur kualiti PK09 [Pengurusan Audit Dalam], penemuan NCR dicatatkan dalam borang PK09-3 [Laporan Ketidakakuran]. Lokasi hendaklah menjawab NCR yang dibangkitkan dengan membuat Tindakan Pembetulan dengan menggunakan borang PK11-1 [Tindakan Pembetulan]. Tindakan Pembetulan merujuk kepada beberapa siri aktiviti iaitu mengenalpasti PUNCA ketidakakuran berlaku, melaksanakan pembetulan segera dan menyediakan pelan pembetulan yang jelas.
Huraian bagi aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
1. Punca ketidakakuran - pegawai meja yang berkaitan hendaklah mengenalpasti punca atau punca-punca yang menyebabkan berlakunya ketidakakuran tersebut. Biasanya, punca bagi kebanyakan masalah dalam sistem kualiti ialah 5M [ Man, Money, Material, Method, Machine]. Untuk memudahkan pegawai mengesan punca ketidakakuran, alat kualiti seperti Rajah Ishikawa, Analisis 5 Why, Senarai Semak, dan sebagainya boleh digunakan. Semua bukti pengesanan punca masalah hendaklah direkod dan didokumentasikan.

2. Pembetulan segera - Pegawai berkaitan hendaklah mengambil tindakan segera bagi membetulkan keadaan yang telah dikesan berlaku ketidakakuran tersebut. Misalnya jika ketidakakuran yang berlaku ialah tidak menyerahkan borang PK03-1, maka tindakan menyerahkan borang PK03-1 mestilah dibuat dengan segera. Rekodkan juga pembetulan segera yang telah dibuat serta bukti-bukti berkaitan misalnya salinan surat iringan penyerahan borang PK03-1, rekod pergerakan pegawai ke lokasi berkenaan, catatan dalam buku aktiviti harian dan sebagainya.

3. Pelan pembetulan - Merujuk kepada langkah-langkah [tarikh/masa dan aktiviti] yang dirancang oleh pegawai berkenaan bagi melaksanakan tindakan pembetulan. Prosedur menetapkan tindakan pembetulan hendaklah diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas menerima dapatan audit dalam.

Diharapkan panduan di atas dapat membantu pegawai dalam menutup NCR masing-masing dengan berkesan dan bersistematik.

Tiada ulasan: