PPDSB KE ARAH SPK MS ISO 9001:2015

Mantap Kualiti, Teguh Jatidiri

Jumaat, 8 Mei 2015

Audit Dalam MS ISO 9001:2008 Telah Selesai

1. Audit Dalam MS ISO 9001:2008 yang ditunggu-tunggu telah dijalankan mengikut jadual, iaitu pada 5 hingga 7 Mei 2015, meliputi semua 18 PK dari Dokumen Kualiti BPSH, KPm dan 76 PK dari Dokumen Kualiti JPN-PPDSel.

2. Semua pihak menerima laporan audit yang telah dibentangkan dalam Majlis Penutupan pada pukul 3.00 petang, 7.5.2015 dengan hati terbuka dan menganggap ia telah membuka ruang kepada PPDSB untuk membuat penambahbaikan dalam sistem penyampaian yang lebih berkualiti.

3. Enam NCR dan 3 OFI yang dibangkitkan akan diambil perhatian serius dengan pelaksanaan tindakan pembetulan dan pencegahan yang sesuai bagi menambahbaik sistem yang diamalkan.

4. Untuk itu, Unit Kualiti telah merangka Pelan Tindakan bagi menyelesaikan pengurusan audit dalam sepertimana yang dikehendaki dalam Prosedur Kualiti Pengurusan Audit Dalam.

5. InsyaAllah segala usaha warga PPDSB akan memastikan kualiti pengurusan dapat memuaskan hati pelanggan dan sentiasa berada pada tahap tertinggi.

6. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan audit dalam MS ISO 9001:2008 di PPDSB bagi tahun ini.

Tahniah dan selamat maju jaya.

Tiada ulasan: