PPDSB KE ARAH SPK MS ISO 9001:2015

Mantap Kualiti, Teguh Jatidiri

Ahad, 1 Mac 2015

Info SPK Tahun 2015 [1]

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) berasaskan Standard MS ISO 9001:2008 masih diteruskan di PPD Sabak Bernam, selaras dengan keputusan yang telah dibuat dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) PPDSB dan MKSP JPN Selangor.

PPD Sabak Bernam mempunyai dua pensijilan ISO iaitu:
a) Pensijilan ISO Dokumen Kualiti JPN-PPD Selangor, AR3375
b) Pensijilan ISO Dokumen Kualiti BPSH, KPM, AR4166

Bagi tahun 2015, pihak Jabatan Pendidikan Selangor dan  BPSH, KPM telah mengeluarkan Dokumen Kualiti yang baharu. JPN-PPDSel Dokumen Kualiti Keluaran 9, manakala BPSH Dokumen Kualiti Keluaran 7. Tarikh aktif penggunaan ke dua-dua dokumen ini di peringkat PPDSB ialah pada 1 MAC 2015.

Warga PPDSB diminta agar merujuk dokumen terkini yang boleh didapati di laman web JPNS.

Tiada ulasan: