PPDSB KE ARAH SPK MS ISO 9001:2015

Mantap Kualiti, Teguh Jatidiri

Rabu, 7 Januari 2015

Bantuan Kemanusiaan Pasca Banjir

Musibah banjir pada tahun ini yang melanda beberapa negeri di pantai timur Samenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu, Pahang) Johor dan Perak telah mengakibatkan kemusnahan yang besar termasuk prasarana dan kemudahan di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pendidikan di negeri-negeri berkenaan.

Sebagai tanda simpati terhadap kesan banjir terhadap penduduk terutamanya murid-murid dan warga pendidikan, PPD Sabak Bernam telah melancarkan inisiatif bagi membantu mengikut keupayaan dan kemampuan yang ada. Antara inisiatif tersebut ialah:

1. Kutipan kewangan melalui Tabung Bencana Banjir yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Misi Bantuan Kemanusiaan ke PPD Hilir Perak, anjuran Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah.
3. Misi Bantuan Kemanusiaan Pasca Banjir ke SK Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan.
4. Misi Bantuan Kemanusiaan Pasca Banjir ke Jerantut, Pahang.
5. Misi Bantuan Kemanusiaan Pasca Banjir ke SK Kuala Lah, SK Pasir Tumboh dan SK Pasir Linggi Gua Musang, Kelantan (Susulan)

Kutipan Tabung Bencana Banjir daripada warga pendidikan Daerah Sabak Bernam akan diserahkan ke JPN Selanghor pada 16.1.2015.
Misi Bantuan Kemanusiaan ke PPD Hilir Perak telah dilaksanakan pada 6.1.2015.
Misi Bantuan Kemanusiaan Pasca Banjir ke SK Kuala Lah pula dijalankan pada 7.1.2015 hingga 10.1.2015.
Misi Bantuan Kemanusiaan Pasca Banjir ke Jerantut, Pahang pada 15.1.2015 hingga 17.1.2015.
Misi Bantuan Kemanusiaan Pasca Banjir ke SK Kuala Lah, SK Pasir Tumboh dan SK Pasir Linggi Gua Musang, Kelantan (Susulan) pada 26.2.2015 hingga 28.2.2015.

Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini mampu meringankan beban pihak-pihak yang memerlukan bantuan dan perhatian. Terima kasih kepada para penyumbang  dan para sukarelawan yang terlibat.
Para Sukarelawan PPDSB Siap Sedia Bergerak ke SK Kuala Lah, Gua Musang


Tiada ulasan: