PPDSB KE ARAH SPK MS ISO 9001:2015

Mantap Kualiti, Teguh Jatidiri

Jumaat, 10 Oktober 2014

Dapatan Rasmi Audit Pemantauan SIRIM di PPDSB

Berikut adalah dapatan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak SIRIM QAS International, hasil audit pemantauan yang telah dilaksanakan di PPD Sabak Bernam pada 24 dan 25 September yang lalu:


1. Klausa 4.4.2 Manual kualiti (Rujukan dokumen)
Dalam Prosedur Kualiti Proses (PKP) terdapat proses-proses berkaitan yang dirujuk dalam pekeliling. Pekeliling-pekeliling berkaitan khususnya Pekeliling Perbendaharaan Bil 5/2009 dan Bil 1/2004 boleh dirujuk dalam dokumen kualiti.

2. Klausa 6.4 Persekitaran Kerja
Berdasarkan pada aduan pelanggan yang diterima daripada pelanggan sebilangan besarnya adalah berkaitan ruang/tempat berurusan pelanggan yang tidak selesa. Maka adalah wajar persekitaran kerja yang selesa disediakan khususnya untuk pelanggan yang datang berurusan dengan PPD.

3. Klausa 8.2.1 Kepuasan Pelanggan
Kepuasan pelanggan dipantau dan diukur dengan menggunakan Borang Maklumbalas Pelanggan. Untuk mengukur tahap kepuasan pelanggan adalah wajar Indeks Kepuasan Pelanggan (Customer Satisfaction Index atau Indeks Kepuasan Pelanggan) diwujudkan dan digunapakai untuk menilai prestasi perkhidmatan yang disediakan.

4. Klausa 8.2.3 Pemantauan dan pengukuran proses
Pemantauan proses pelaksanaan kursus penyebaran bahan kurikulum di peringkat sekolah (Latihan Dalam Perkhidmatan-LADAP) perlu diperjelaskan dalam PK01.

5. Klausa 8.5.2 Tindakan pembetulan
Tindakan yang diambil terhadap aduan pelanggan berdasarkan pada siasatan yang dibuat kebanyakannya bersifat pembetulan. Untuk mencegah perkara yang sama berulang maka wajar tindakan pembetulan bersesuaian dengan kesan aduan dikenalpasti untuk dilaksanakan.

Tiada ulasan: