Selamat Datang

Blog ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada semua warga PPD Sabak Bernam khususnya dalam mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan Sistem Pengurusan Berkualiti yang diamalkan. Sebarang maklum balas ke arah penambahbaikan amat dialu-alukan.
Terima kasih.
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam,
Lot 25 & 27, Jalan Besar, 45200 Sabak Bernam
Tel : 03-3216 2079
Fak : 03-3216 2093

Selasa, 24 Jun 2014

Task Force Maklum Balas Laporan Nazir

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Task Force bagi menjawab Maklum Balas Hasil Perakuan dan Syor JNJK Bil 1/2014 yang berkaitan di PPD Sabak Bernam telah diwujudkan hasil keputusan Mesyuarat Pengurusan PPDSB Bil 6/2014 yang lalu.

2. Terdapat 2 bahagian maklum balas yang perlu diambil tindakan oleh PPD Sabak Bernam iaitu :
a) Maklum Balas Berkaitan Dasar / Program KPM MUAT TURUN
b) Maklum Balas Laporan Berfokus Mata Pelajaran MUAT TURUN

3. Maklum Balas Berkaitan Dasar / Program KPM hendaklah dijawab oleh unit-unit PPDSB kecuali UPA. Manakala Maklum Balas Laporan Berfokus Mata Pelajaran dijawab sepenuhnya oleh UPA.

4. Tuan diminta memuat turun Laporan dan Syor JNJK tersebut dan seterusnya memberikan maklum balas yang sewajarnya. Taklimat Penyelarasan Maklum Balas Perakuan dan Syor JNJK akan diadakan pada awal minggu pertama bulan Julai. Maklum Balas PPDSB akan dihantar ke JNJK pada 8.7.2014.

Tindakan Pegawai :
a) PPD / TPPD
b) UPA
c) UPS
d) UPA
e) Pembangunan

Terima kasih.

Tiada ulasan: