Selamat Datang

Blog ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada semua warga PPD Sabak Bernam khususnya dalam mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan Sistem Pengurusan Berkualiti yang diamalkan. Sebarang maklum balas ke arah penambahbaikan amat dialu-alukan.
Terima kasih.
Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam,
Lot 25 & 27, Jalan Besar, 45200 Sabak Bernam
Tel : 03-3216 2079
Fak : 03-3216 2093

Khamis, 19 Jun 2014

Kutipan Data Analisis Objektif Kualiti 1.10.2013 / 1.1.2014 - 31.5.2014

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

1. Sektor Jaminan Kualiti (SJK) JPN Selangor selaku urus setia Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan SPK MS ISO 9001:2008 peringkat negeri Selangor sedang mengumpulkan data berkaitan analisis pencapaian objektif kualiti bagi semua lokasi untuk dibuat pra-pembentangan di hadapan Dato' Pengarah.

2. Untuk makluman, MKSP JPN Selangor akan diadakan pada 24 hingga 26 JUN 2014 di Hotel Impiana, Ipoh dan akan dipengerusikan oleh Dato' Pengarah, serta dihadiri oleh semua Tuan KS, Tuan PPD, Pengurus Kualiti Sektor dan Pengurus Kualiti Daerah.

3. Sehubungan dengan itu, semua pegawai meja / pemegang dokumen kualiti diminta menyemak semula dan mengemaskini data pencapaian objektif kualiti masing-masing melalui 'on-line' dengan mengakses blog PPDSB WorkShop. Klik DI SINI.

4. Data analisis objektif kualiti yang telah disemak dan dikemaskini akan dikutip pada pukul 2.00 petang 19 JUN 2014 untuk tindakan selanjutnya. Sebarang kemaskini selepas pukul 2.00 petang mungkin akan menimbulkan kesulitan.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

*Nota : Kutipan Data Analisis Objektif Kualiti dikutip mulai pukul 2.00 ptg (19.6.2014). Terima kasih kepada Pegawai Meja / Pemegang Dokumen Kualiti yang telah memberi kerjasama. Data akan diserahkan kepada Tuan PPD / MR untuk pengesahan sebelum dihantar ke JPN Selangor.

Tiada ulasan: